MIRI: Seramai 150 ahli daripada lapan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Bekenu hadir memeriahkan Sambutan Hari Keluarga 2025 di Pantai Bungai, semalam.
Menurut pihak penganjur, program itu diadakan bertujuan mengeratkan silaturahim, selain memperkenalkan ahli baharu serta menghargai ahli veteran yang masih aktif menyokong kegiatan persatuan.
Pelbagai acara menarik diadakan sebagai pengisian program seperti Pertandingan Nasi Goreng 'Bergaut', Pertandingan Pakaian Etnik Kreatif serta aktiviti sukaneka seperti membiduk bola pingpong, mencari harta karun, boling kelapa dan lain-lain.
Hadir sama pada program itu ialah Pengerusi PPWS Daerah Bekenu Noor Hidayah Abdullah serta Pengelola PPWS Miri/Bintulu Sofiani Usop.






