Perutusan

Perutusan

Puan Hajah Aishah Edris
Pengerusi Negeri, Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS),
Sesi 2023-2024

Laman web ini diwujudkan untuk memudahkan ahli-ahli Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) seluruh Sarawak tidak kira di bandar maupun luar bandar untuk memperoleh maklumat terkini tentang Pertubuhan PPWS tidak kira di mana mereka berada.

PPWS mengalu-alukan orang ramai khususnya ahli-ahli PPWS sendiri melayari laman web ini. Laman web yang direka bentuk dengan struktur yang informatif memudahkan orang ramai mengakses maklumat serta memahami peranan dan fungsi PPWS.

Borang pendaftaran keahlian turut dapat diakses melalui laman web ini agar proses pendaftaran ahli dapat dilakukan dengan lebih efektif dan mudah dicapai

Adalah menjadi hasrat PPWS agar laman web ini dapat berfungsi untuk memberikan maklumat bermanfaat yang diperlukan untuk mewujud dan menyediakan perhubungan maya dengan orang ramai.

PPWS mengucapkan terima kasih kepada anda kerana mengunjungi dan memanfaatkan perkhidmatan laman web ini.