PPWS sokong usaha pemuliharaan orang utan di Semenggoh

KUCHING, 11 Nov: Sarawak Forestry Corporation (SFC) menerima sumbangan berjumlah RM2,500 daripada Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) sebagai sokongan terhadap usaha pemuliharaan dan kebajikan orang utan di Semenggoh Wildlife Centre.

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Penasihat PPWS, Dato Rugayah Abdul Majid, bersama Pengerusi Negeri PPWS, Dato Norhyati Mohd Ismail dan Pengerusi JKK Sosial & Rekreasi, Hasmah Sauni Samat.

Sementara itu, SFC diwakili oleh Pengurus Wilayah Kuching, Alfonso McKenzie Simon dan Park Warden Semenggoh Wildlife Centre, Muhammad Azizi.

SFC merakamkan penghargaan atas keprihatinan dan sokongan PPWS terhadap pemuliharaan hidupan liar, khususnya orang utan yang merupakan ikon pemuliharaan Sarawak.

Sumbangan tersebut akan digunakan untuk memperkukuh aktiviti pemuliharaan dan kebajikan orang utan, termasuk penjagaan habitat, pendidikan alam sekitar dan pemantauan kesihatan haiwan. – TVS