Berita Akhbar

PPWS Daerah Lawas Ziarah Dan Sampaikan Sumbangan Kepada Fatin Hamizah Sekeluarga

LAWAS: Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak Daerah Lawas (PPWS) telah menziarahi ibu tunggal Fatin Hamizah Muhamma di Kampung Punang Jaya, di sini pada Sabtu.

Pengerusinya Suriyah Jinin yang mengetuai rombongan PPWS Daerah Lawas telah menyerahkan sumbangan derma kilat sumbangan ahli-ahli PPWS Daerah Lawas bagi meringankan beban keluarganya. Beliau merupakan salah seorang ahli PPWS Daerah Lawas telah kehilangan suami akibat kemalangan jalan raya pada bulan 20 Januari lepas dan mempunyai dua orang anak berumur 8 tahun dan 5 tahun.

Ketika ditemui, beliau rasa terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli PPWS yang telah menghulurkan bantuan kepadanya sekeluarga. -EDISI UKAS