Berita Akhbar

PPWS Kampung Tebelu Anjur Program Seni, Galak Ahli Pelajari Perkara Baharu

SEBUYAU: Program Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Kampung Tebelu telah  menganjurkan program seni di peringkat kampung yang bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim bersama dengan Ahli Jawatankuasa (AJK).

Pengerusinya, Hasmah Bujang berkata, program seperti itu diadakan bagi memberi peluang kepada AJK PPWS untuk mempelajari sesuatu yang baharu khusus bagi mereka yang baru menceburi dalam bidang tersebut. Penganjuran program ini diadakan secara berperingkat dengan kelainan aktiviti yang diadakan mengikut permintaan ahli. Selain itu dengan kemahiran yang sedia ada juga mereka  dapat mempromosikan jualan mereka kepada ahli PPWS di kampung lain,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program PPWS Kelas Asas Mengait (Membuat Beg) di Kampung Hilir Tebelu pada Isnin. Dalam pada itu, Hasmah turut merakamkan terima kasih kepada tenaga pengajar iaitu Dariah Anis selaku ahli PPWS atas perkongsian ilmu dan sudi meluangkan masa bersama dengan ahli lain. -EDISI UKAS