Berita Akhbar

PPWS Daerah Lawas Galak Penglibatan Generasi Muda

LAWAS: Generasi muda perlu diberi peluang untuk memegang jawatan dalam Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) di peringkat perkumpulan atau kampung.

Pengerusi PPWS Daerah Lawas Suriyah Jinin berkata, generasi muda kini merupakan golongan pelapis yang perlu diberikan peluang untuk menerajui PPWS.

Semasa berucap dalam penangguhan aktiviti berjalan kaki di Lawas pada Rabu, beliau turUT merakamkan penghargaan kepada seramai 35 ahli PPWS Daerah Lawas yang terlibat dalam aktiviti tersebut.

Suriyah juga berharap perkumpulan itu terus aktif melibatkan diri dan menganjurkan program meskipun di peringkat kampung. -EDISI UKAS