Berita Akhbar

20 Peserta Dari Pelbagai Kaum Sertai Mrs Etnik PPWS Daerah Serian

SERIAN: Seramai 20 peserta dari pelbagai kaum dan etnik seperti Bidayuh, melayu, Melanau, Iban dan juga Orang Ulu telah menyertai Pertandingan Mrs Etnik Persatuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Serian.

Pertandingan anjuran PPWS itu diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Chung Hua paga Ahad.

Dalam pada itu, perasmian Majlis Makan Malam Pertandingan tersebut telah disempuranakan oleh Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur Jepun Republik Korea dan Taiwan bertaraf Menteri merangkap Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Richard Riot Jaem.

Menurut Dato Sri Richard, beliau memberi penghargaan kepada PPWS Daerah Serian yang dipimpin oleh Pengerusi PPWS Daerah Serian, Juto Nyuawe di atas kejayaan mendafter seramai lebih 400 ahli bahary bagi Daerah Serian dalam tempoh enam bulan yang lepas.

Tambahnya lagi, beliau percaya ahli PPWS dapat ditambahkan lagi sekiranya usaha gigih setiap ahli Exco itu diteruskan pada masa akan datang.

Sementara itu, Jacqualine Ayong dari Kampung Simpok telah dinobatkan sebagai juara sekaligus bergelar Mrs Ethnic PPWS Daerah Serian tahun 2022 untuk membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 serta piala.

Naib juara pula dimenangi oleh Philomena Dexclyin Siar yang membawa pulang hadiah wang tunai RM700 serta piala manakala tempat ketiga dimenangi Liusiana Lorentis Tabal dari Kampung Taee untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM500 serta piala.

Selain itu, 17 peserta lain turut menerima sijil penyertaan sebagai penghargaan kepada mereka. - EDIS UKAS