Berita Akhbar

PPWS Daerah Sarikei Beri Peluang Wanita Capai Potensi Dalam Semua Bidang

SARIKEI: Gabungan muka baru dan lama, Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Sarikei berazam memberi peluang kepada wanita mencapai potensi dalam semua bidang serta meningkatkan taraf kehidupan dan status kaum itu melalui aktiviti yang terancang dan berkesan.

Sehubungan itu, satu sesi pemilihan bagi sesi 2023-2024 telah diadakan bertempat di Family In, Sarikei pada Sabtu yang telah dipengerusikan oleh Pengerusi PPWS, Ummu Hani Junaidi dan dibantu oleh Pengelola PPWS bagi Kawasan Sibu/Kapit/Sarikei/Mukah/Matu Daro, Maimunah Yusop.

PPWS ditubuhkan sebagai penggerak berdaya maju ke arah kesejahteraan dan kemakmuran wanita dan masyarakat dalam pembangunan negara.

Antara objektif utama PPWS ialah menggalakkan persefahaman dan persahabatan dalam kalangan wanita tanpa mengra kaum, agama dan fahaman politik.

Selain itu PPWS juga memberi peluang kepada ahli menjalankan kegiatan sosio ekonomi, pendidikan dan kesihatan bagi kemajuan dan kesejahteraan ahli serta keluarga.

Senarai nama barisan EXCO PPWS Daerah Sarikei Sesi 2023-2024 ialah Daramata’ Siah Jidi (Pengerusi), Chuong Chan Ho (Timbalan Pengerusi), Aishah Alfred (Naib Pengerusi), Haidah Nor (Setiausaha), Yong Sing Yii (Bendahari), Hoo Siikk Ngo (Juruaudit Dalaman), Dayang Siti Huzaimah Abang Suhai, Chua Hui Yeng, Hasanah Julaihi, Setia Tan dan Kato Nelly (Ahli Jawatankuasa).-EDISI UKAS